Sunday, July 29, 2012

Bazar Ramadhan Jerantut

Kecik-kecik dulu memang rajin tolong mak berniaga.. Macam-macam dah aku buat,berniaga sate, apam, sayur, semua aku dah buat masa zaman kanak2 dulu.
Jadi semenjak balik Malaysia ni, rindu pula aku pada suasana berniaga di tempat awam macam tu. So, bila aku dengar ada taak kosong di B azar Ramadhan Jerantut,terus aku bagitahu Abg Aji aku yang aku nak cuba berniaga, dia tk bantah,malah turut berasa excited sebab ni first time bg dia.
      (Mula-mula aku hubungi Encik Lan Pen..dia yang incharge bahagian tapak dan perlesenan..setelah 2-3 kali turun naik ke Majlis Daerah..akhirnya aku ditempatkan berniaga di kawasan baru dibuka-- nama tempat tu persimpangan 410..bersebelahan dengan Pasar Besar Jerantut..Excited punya pasal--aku accept je..
   Step kedua-- aku fikir apa yang aku nak jual..air kah? kuih muih kah? lauk pauk kah? murtabak kah?
semua tu memerlukan tenaga kerja..selepas berbincang,aku memilih untuk menjual lauk pauk dan sedikit kuih muih..
   Step ketiga-- COOK..kena cari cook yang sesuai dan tak ada kena mengena dengan kopiesatu. Aku tak nak ganggu aktiviti kopiesatu di bulan puasa nanti.ALLAH temukan aku dengan Anis..warganegara Indonesia tetapi punya permit yang sah untuk berkhidmat dengan aku.ALHAMDULILLAH..kami bertemu empat mata dan berbincang jenis lauk apakah yang bakal dijual nanti..
      Step keempat-- cari barang yang patut untuk berjual nanti-- aku beli tupperware,senduk, peralatan plastik di kedai 2 ringgit di taman Inderapura.


     Objektif utama aku..pengalaman dan of course side income instead of our own biz..takpelah ,,tawakkal tu alaLLah..
  5 tahun menikmati Ramdhan di Saudi Arabia banyak mengajar aku erti bersyukur. di sana, tiada bazar ramadhan semeriah di Malaysia.. rakyatnya menyambut puasa dengan penuh sederhana.. time berbuka,hanya mengisi perut dengan hidangan kurma,laban( sejenis susu masam) atau sedikit manisan. selesai maghrib, barulah kami mengambil kesempatan untuk makan hidangan berat seperti khabsa,shawarma atau humus..masa tu,tuhan je yang tahu betapa aku rindu pada air tebu, murtabak,nekbat,tepung pelita,sare, dan bermacam aneka kuih di malaysia..
  sebab tu tahun pertama berpuasa di malaysia ni,terus aku tak lepas peluang menikmati betul2 apa yang aku dendamkan selama ni...
     Jerantut memang terkenal dengan Murtabaknya pada bulan mulia ni.. Antara yang terhangat ialah Murtabak Syed Abdul Aziz, Murtabak Sofi. Murtabak Fauzi,..apa yang membezakan murtabak2 ni dengan yang lain ialah intinya yang tebal dan sedap..dan sukar di dapati di tempat lain.
seingat aku 10 tahun di 7 tahun aku di Kuala Lumpur dulu..tak pernah aku jumpa type murtabak macam ni...
    
  
  



sHaWaRmA

PERKARA pertama yang paling aku tak boleh lupa mengenai ARAB SAUDI ialah makanannya. Jauh berbeza dengan citarasa orang di asia timur seperti indonesia dan Malaysia. PEDAS?? jangan sesekali anda hidangkan atau menawarkan masakan yang pedas-pedas kepada mereka.
 tapi banyak-banyak hidangan..satu menu yang paling aku rindu ialah SHAWARMA..lebih2 lagi jenama CFC yang hanya terdapat di pekan BATHA,RIYADH.. aku selalu ke sana hujung minggu untuk beli groceries..so terus aku beli stok shawarma untuk seminggu..simpan dalam peti.kalau dapat shawarma ni,tak makan nasi pun takpe..memang kenyang. harganya lebih kurang 4-5 riyal..
plan nak buat killer menu di Kopiesatu ni..tapi takut jugak nak test market..tengoklah insyaALLAH kalau ALLAH izin , aku nak try menu ni.
satu lagu brand Shawarma yang best ialah SHAWARMER..tapi harga dia mahal sikit sebab SHAWARMER ni Francais,mcm kedai aku jugak..hehehhe

Thursday, May 17, 2012

KOPI GELAS BESAR SATU!!

ADUYAIII...
order yang melemahkan semangat aku.
bukan tak ada..ada...
tapi KOPIESATU ni FRANCHAIS,,,
aku jual ikut piawaian dan harga yang ditetapkan oleh HQ..
bukan apa..
satu cawan RM 2.60..-KOPIE O KAW
kalau gelas besar,,,?? takkan RM 5.20??
TAK KE MAHAL BEDO'OH tu..
Adessssss....
baru2 ni ada pakcik datang sound aku..
KO APESAL BUKAK KEDAI JUAL AIR MAHAL2 MACAM NI???
adoiii
kan bagus kalau dia gi tanya KFC... NAPE JUAL AYAM MAHAL2??
AKU NI BUMIPUTERA MELAYU..
baru je nak blaja berniaga..
nak jugak sokongan..
Nasib baik lah ada jugak yang faham...
dan ada jugak yang jadikan kedai ni salah satu pilihan mereka...
APA2 PUN..THANKSLAH ORG2 JERANTUT,,
:)




Tuesday, February 21, 2012

YBM Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar

Monday, January 23, 2012

thank GOD


Today is 23rd January 2012..1st day of Chinese New Year which is on of the  big celebration in my country.,Malaysia. Monday..makes me lazy to work. i need to do plenty of things before end of the month,as per order of my husband. this cafe need to be organized well so it will run smoothly,not as before. experience makes me more alert bout everything especially about the staff.