Friday, February 21, 2014

Sambal Hitam

pernah tengok belimbing buluh? kalau ada tumbuh di sekitar rumah u allz..jangan biarkan mcm tu je..sebab value dia sangat tinggi di Pahang..rata3 penduduk pahang menggunakan belimbing ni sebagai base kepada sambal hitam,,
belimbing ini perlu direbus dahulu sebelum di buat sambal...air rebusan nya juga digunakan utk buat air asam ikan bakar..sedappp..tak percaya? try sendiri..
\

macam ni lah rupanya belimbing yang tlah direbus tadi...harganya mencecah RM 5 untuk setiap 5-7 biji..memang mahal..sambal ni ala2 sambal nbelacan yang wajib ada di setiap rumah..sedap dihidangkan dengan nasi panas-panas..

resepi sambal hitam

3 biji belimbing buluh rebus
10-15 ekor ikan bilis
5 tangkai cili padi ( lagi pedas lagi best)
3 ulas bawang merah
sedikit halia
garam &
gula secukup rasa

tumbuk semua sekali ( better tumbuk,kalau blend tak jadi)
panaskan 1 sudu besar minyak masak
goreng semua bahan2 tumbuk tadi sehingga wangi..

sedia utk dihidang..
sambal dah ready..:)
(gambar hiasan)








Aku da Chef

hari pertama...

kelam kabut..masuk dapur, setting sedikit mengelirukan..
hari ni aku ubat setting yg sedia ada..kicap, sos tiram, kicap sotong, sos merah..
cili dan bawang aku potong siap2..
daging / ayam keep in da fridge,

jeng jeng jeng...

Shima Da Clerk datang..dia tnya..masih nk buka kedai ke kakNa? chef kita cuti..
aku jawab..buka je..kita challenge diri..
"kakna ni biar betul? kak Na nak masak??"
"Nape??tak percaya??"
dia sengih..memang muka dia nampak tk percaya kat aku..
orait..we will see...huhuhu

1) ada customer order Mee Goreng Basah...aku masuk dapur dengan keadaan gusar..apa aku nk buat ni?
aku refresh balik bahan2 yg perlu di isi..ermm..shima pun dh nampka pucat kat luar tu..
mungkin dia pun risau takut kena marah dgn customer kalau tk sedap..huhuhu
punyalah kelam kabut jiwa aku...sambil menggoreng aku tak habis2 berdoa biar customer aku dpt terima masakan aku seadanya..

siap goreng, aku tekan loceng,shima bergegas masuk kedapur..
aku pesan kt dia, tolong pantau customer tu, habis ke tak dia makan mee aku..

ALhamdulillah..licin pinggan...,:))
seharian memasak..ada dlm 20 order...
macam ni lah aku gelabah

Wednesday, February 19, 2014

Patin Tempoyak Jerantut Mari...

Salammm..
Walaupun 100% darah Mekna bukan Darah anak pahang, tpi mekNa lahir kt pahang.so IC memang Ic Pahang..
and Mekna punya hubby anak Jati Pahang..so malu lah kalau tk pandai masak masakan negeri ni..
dulu, kalau nk buat masak tempoyak ikan patin, mekna ikut resepi yg mak selalu buat, letak daun kesum dan sedikit tempoyak, halia lengkuas dan sedia utk dihidang..
rupa2nya sejak kawen ni..hubby selalu bawak gi makan kat semua gerai favorite dia..hubby mintak mekna rasa satu persatu masakan, dan fikir apa yg tukang masak tu isi dlm resepi mereka..
balik rumah, mekna test buat..bg dia rasa..tpi asyik failed je
lebih setahun macam tu, akhirnya berjumpa juga mekna dgn resepi ikan patin tempoyak yang sgt digemari oleh encik hubby...betul..my hubby sangat cerewet pasal makanan dan itu membuatkan mekna jadi pandai masak..
hehehehe

ni resepinya..cubalah buat,,memang tk menyesal lah..simple sesangat..cuma cuba main dengan rasa masin manis masam nya..

bahan-bahan

1 ekor ikan patin
5 sudu besar tempoyak ( boleh guna yg terlalu masam, kemuadia kurangkan asam keping)
5 biji cili padi
3 cm kunyit hidup
2 helai daun kunyit ( ini membuatkan aromanya lagi sedap)
sedikit garam
asam keping
sedikit gula
1 btg serai

blend semua ramuan..kecuali serai dan daun kunyit

masukkan 1 liter air ke dalam periuk..biarkan sehingga air mendidih
masukkan bahan kisar
tunggu hingga mendidih
masukkan ikan patih dan serai..
sedia utk dihidang..
selamat menjamu selera

TilapiA sTIm Ala MekNA

Bila selalu masuk dapur ni..macam-macam resepi dan menu baru yang hadir dalam kepala..
baru2 ni lepas beli ikan tilapia sangkar ( mintak Safid belikan sebab sedara dia slalu bg murah2..)
terfikir dalam kepala nk try cara stim pulak.. boring jugak asyik goreng,masak pedas,.minyak tu yg kadang2 membuatkan size seluar makin kecik..hehehe
ni resepi baru ciptaan mekna..
remember..mekNa bukan chef..tapi alhamdulillah suami makan mcm tak hingat...mmg best katanya..cubalah resepi ni utk kelainan,
kalau malas masak tpi nak rasa, dtg ke cafe mekNa di Jerantut ya.

Tilapia Stim Istimewa Mekna

bahan2

bahan A ( untuk kukus )

1 ekor ikan tilapia
2 cm halia
3 ulas bawang putih
2 helai daun kunyit ( utk alas ikan masa kukus )
sedikit garam
1 cm kunyit hidup

bahan B

3 cam halia
3 batang serai
5 sudu cilar kisar ( boleh pakai cili kering atau cili boh )
2 biji bawang besar ( Mekna guna bwg holland)1 com kunyit hidup
garam secukup rasa
gula secukup rasa
sedikit asam jawa

cara penyediaan

Bahan A dikisar dan digaul bersama ikan
kukus

bahan B dikisar dan tumis sehigga masak

hidang ikan yg dah di kukus dan tuangkan bahan b
tabur sedikit daun bawang dan cili merah ptong/tomato
 utk hiasan....
sedia utk dihidang..
gambar ni bukan real...tpi ni lah cara penyediaannya..


Tuesday, February 18, 2014

MekNa in Da Kitchen


tukang masak Cuti..so..
takkan nk tutup kedai,..operasi mesti dijalankan seperti biasa..
cuma menu perlu ditukar..
Nasi Goreng as usual,,tpi mungkin taste dia lain sikit..
tambahan Nasi Lemak
Ayam Goreng Rempah
Kari Kepala Ikan
Patin Tempoyak masak instant
ikan kembung masak singgang
patin/tilapia stim + sambal
nti aku akan update semua masakan aku esok..
semoga segalanya berjalan lancar
aminnnnnn
Patin Gulai Tempoyak
kari ikan siakap









Friday, March 1, 2013

JERANTUT WALK


perniagaan Kopiesatu ni diam tak diam dah mencecah setahun setengah...pejam celik kejap je masa berlalu,. bermakna setahun setengah jugalah aku mengabdikan diri dalam dunia perniagaan. ada suka dan ada duka. aku berpegang pada kata2, kalau kita betul---jangan risau sebab ALLAH selalu bersama orang yg benar.
      Dalam setahun setengah ni.,ada terlintas untuk melupakan saja hasrat untuk berniaga. Padaku dugaan yang dilalui teruk sangat. Tapi..kalau semua manusia macam aku--cepat putus asa--kenapa ada yang berjaya?.Aku lihat pada mereka yg berjaya..tk kan mereka tetiba je berjaya? mesti mcm2 mereka lalui untuk sampai ke tahap tu..
    Aku gagahi juga..kedai takde sambutan,aku teruskan juga buka..tkpe,mngkin rezekiku belum ada..aku kuatkan diri..insyaALLAH..
   Dalam pada pening2 mcm ni..ada satu lagi peluang untuk aku merealisasikan impian aku. Puan Wan Norizan SU MDJ bersama Datuk Hj Rusdi telah memberi aku peluang utk membuka satu kawasan di sekitar bandar jerantut..--JERANTUT WALK..hehehe konon2nya BINTANG and WANGSA WALK lah...tkpe.janji ada semangat dan cita2..terima kasih tak terhingga pada mereka kerana memberi aku insan hina ini peluang mcm ni..insyaAllah aku akan berikan yg terbaik utk sama2 menaikkan bandar JERANTUT tanah tumpah darah aku..
  new update: Nama Jerantut Walk ni akan ditukar atas sebab2 tertentu..ok..tkpe..LEENA BISTRO ok tak?

pemandangan Jerantut Walk waktu malam..

Sunday, July 29, 2012

Bazar Ramadhan Jerantut

Kecik-kecik dulu memang rajin tolong mak berniaga.. Macam-macam dah aku buat,berniaga sate, apam, sayur, semua aku dah buat masa zaman kanak2 dulu.
Jadi semenjak balik Malaysia ni, rindu pula aku pada suasana berniaga di tempat awam macam tu. So, bila aku dengar ada taak kosong di B azar Ramadhan Jerantut,terus aku bagitahu Abg Aji aku yang aku nak cuba berniaga, dia tk bantah,malah turut berasa excited sebab ni first time bg dia.
      (Mula-mula aku hubungi Encik Lan Pen..dia yang incharge bahagian tapak dan perlesenan..setelah 2-3 kali turun naik ke Majlis Daerah..akhirnya aku ditempatkan berniaga di kawasan baru dibuka-- nama tempat tu persimpangan 410..bersebelahan dengan Pasar Besar Jerantut..Excited punya pasal--aku accept je..
   Step kedua-- aku fikir apa yang aku nak jual..air kah? kuih muih kah? lauk pauk kah? murtabak kah?
semua tu memerlukan tenaga kerja..selepas berbincang,aku memilih untuk menjual lauk pauk dan sedikit kuih muih..
   Step ketiga-- COOK..kena cari cook yang sesuai dan tak ada kena mengena dengan kopiesatu. Aku tak nak ganggu aktiviti kopiesatu di bulan puasa nanti.ALLAH temukan aku dengan Anis..warganegara Indonesia tetapi punya permit yang sah untuk berkhidmat dengan aku.ALHAMDULILLAH..kami bertemu empat mata dan berbincang jenis lauk apakah yang bakal dijual nanti..
      Step keempat-- cari barang yang patut untuk berjual nanti-- aku beli tupperware,senduk, peralatan plastik di kedai 2 ringgit di taman Inderapura.


     Objektif utama aku..pengalaman dan of course side income instead of our own biz..takpelah ,,tawakkal tu alaLLah..
  5 tahun menikmati Ramdhan di Saudi Arabia banyak mengajar aku erti bersyukur. di sana, tiada bazar ramadhan semeriah di Malaysia.. rakyatnya menyambut puasa dengan penuh sederhana.. time berbuka,hanya mengisi perut dengan hidangan kurma,laban( sejenis susu masam) atau sedikit manisan. selesai maghrib, barulah kami mengambil kesempatan untuk makan hidangan berat seperti khabsa,shawarma atau humus..masa tu,tuhan je yang tahu betapa aku rindu pada air tebu, murtabak,nekbat,tepung pelita,sare, dan bermacam aneka kuih di malaysia..
  sebab tu tahun pertama berpuasa di malaysia ni,terus aku tak lepas peluang menikmati betul2 apa yang aku dendamkan selama ni...
     Jerantut memang terkenal dengan Murtabaknya pada bulan mulia ni.. Antara yang terhangat ialah Murtabak Syed Abdul Aziz, Murtabak Sofi. Murtabak Fauzi,..apa yang membezakan murtabak2 ni dengan yang lain ialah intinya yang tebal dan sedap..dan sukar di dapati di tempat lain.
seingat aku 10 tahun di 7 tahun aku di Kuala Lumpur dulu..tak pernah aku jumpa type murtabak macam ni...
    
  
  



sHaWaRmA

PERKARA pertama yang paling aku tak boleh lupa mengenai ARAB SAUDI ialah makanannya. Jauh berbeza dengan citarasa orang di asia timur seperti indonesia dan Malaysia. PEDAS?? jangan sesekali anda hidangkan atau menawarkan masakan yang pedas-pedas kepada mereka.
 tapi banyak-banyak hidangan..satu menu yang paling aku rindu ialah SHAWARMA..lebih2 lagi jenama CFC yang hanya terdapat di pekan BATHA,RIYADH.. aku selalu ke sana hujung minggu untuk beli groceries..so terus aku beli stok shawarma untuk seminggu..simpan dalam peti.kalau dapat shawarma ni,tak makan nasi pun takpe..memang kenyang. harganya lebih kurang 4-5 riyal..
plan nak buat killer menu di Kopiesatu ni..tapi takut jugak nak test market..tengoklah insyaALLAH kalau ALLAH izin , aku nak try menu ni.
satu lagu brand Shawarma yang best ialah SHAWARMER..tapi harga dia mahal sikit sebab SHAWARMER ni Francais,mcm kedai aku jugak..hehehhe

Thursday, May 17, 2012

KOPI GELAS BESAR SATU!!

ADUYAIII...
order yang melemahkan semangat aku.
bukan tak ada..ada...
tapi KOPIESATU ni FRANCHAIS,,,
aku jual ikut piawaian dan harga yang ditetapkan oleh HQ..
bukan apa..
satu cawan RM 2.60..-KOPIE O KAW
kalau gelas besar,,,?? takkan RM 5.20??
TAK KE MAHAL BEDO'OH tu..
Adessssss....
baru2 ni ada pakcik datang sound aku..
KO APESAL BUKAK KEDAI JUAL AIR MAHAL2 MACAM NI???
adoiii
kan bagus kalau dia gi tanya KFC... NAPE JUAL AYAM MAHAL2??
AKU NI BUMIPUTERA MELAYU..
baru je nak blaja berniaga..
nak jugak sokongan..
Nasib baik lah ada jugak yang faham...
dan ada jugak yang jadikan kedai ni salah satu pilihan mereka...
APA2 PUN..THANKSLAH ORG2 JERANTUT,,
:)




Tuesday, February 21, 2012

YBM Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar

Monday, January 23, 2012

thank GOD


Today is 23rd January 2012..1st day of Chinese New Year which is on of the  big celebration in my country.,Malaysia. Monday..makes me lazy to work. i need to do plenty of things before end of the month,as per order of my husband. this cafe need to be organized well so it will run smoothly,not as before. experience makes me more alert bout everything especially about the staff.

Thursday, December 29, 2011

ByE-bYe

Anuar..
sob2...sedey jugak..3 lagi dari part timer KopieSatu akan "back to school"..bebudak ni masih bersekolah..ANUAR- Akan masuk tingkatan 5 buka sekolah nanti di SMK Temin..Rajin dan sgt ringan tulang..
AYU- bersekolah di SMK Kuala Krau..aku sesekali mengusik 2 orang ni..nampak mesra..hehehehe
SYAFIQ- Adik kepada Nurihan..juga akan kembali ke sekolah...
Ayu

Syafiq
Akhir kata- Selamat maju jaya,belajar rajin2..:(

tHanK yOuuu





     Alhamdulillah..Syukran to Allah..Cafe aku ney jadi perhatian Mr Ramdhan Hasan..seorang Photographer dari Jerantut ni..dia ada bgtau aku mintak kebenaran nak bawa pengantin bergambar..aku dengan berbesar hati kata, datang je la...itu satu bonus untuk aku mem"promote"kan lagi cafe ni...
Masa shoot ni aku tak ada..ada hal di KL.. Apa2 pun aku bangga dan terima kasihlah kepada org2 Jerantut yang sudi bertandang ke kedai kopi ni...walaupun tak se GAH starbucks..aku seboleh2nya nak challenge..semangat mesti LEBEYYY...!

Wednesday, December 28, 2011

Farewell for tEaChEr YuYu

wajah CHOMEL ni will be no longer in KopieSatu start from tomorrow..:(..but this is life, people come n go.,dia seorang yang masih mempunyai masa depan and wishing to her good luck and hope she will be a very dedicated teacher one day..kalau balik kampung jangan lupa singgah sini...we will miss u alwayzz...

nASIk Lemak

menu ni macam dah jadi killer menu pada aku kat kedaii aku ney...tapi dengar2 Masterjee na remove bila IKAN BAKAR dah start nanti...:(nak ditukarkan kepada nasik lemak bungkus dalam daun pisang...uwaaa!!!!!!!

sITI nORdiaNA !!!!


malam ni aku dgn abang turun ke kedai..sajer nak tgk bebudak buat kerja,sambil survey customer,alhamdulillah..sejak dua tiga menjak ni mmg ramai..
abg duduk kat meja bawak dgn muka seriusnya. aku masuk ke kaunter tgk sale dan baki terkini..tiba2..masuk sekumpulan manusia,lingkungan 10 orang melintasi sambil tersenyum. eh.. rasa kenal je pompuan ni,bisikku..mcm muka penyanyi...
   lepas tu baru aku perasan,tu rupanya siti nordiana,penyanyi popular dgn lagu2 duet dgn arwah achik spin,dh bertudung litup dia,manis dan kecik molek..bekas isteri arwah Faizal Yusuf..
lama juga dia lepak..sambil minum dan makan french fries..mak dgn anak dia yang nama rayan pun ikut sama..mmg cute anak dia tu..aku hanya memerhati dari jauh..sesekali aku mengusik satff aku untuk bergambar..tapi diorg wat derk je.huhuhuhu

Saturday, November 19, 2011

Alhamdulillah...

Seronok...puas...AllahuAkbar...memberi aku rezeki,sihat tubuh badan, punya hati yang tenang walaupun banyak masalah dan gelora...huhuhu..
Dengan bukanya KopieSatu ni..bolehlah memberi peluang pekerjaan kepada budak2 muda di kampung aku atau di sekitar Jerantut ni..sekurang-kurangnya adalah pekdahnya kalau kerja daripada duk rumah menghabiskan duit mak bapak...Kerja adalah kerja...mana2 pun kerja ada stress dan tahap tekanan..biasaklah tu...
Dibuka pada 6hb 10. 2011.. ( kami pilih bersamaan hari lahir aku..:)..hari pertama memanglah kelam kabut sikit..maklumlah masing2 tiada pengalaman buka kedai makan..apa yang aku tahu..berdasarkan pengalaman aku ke restoran mewah di dalam dan luar negara,aku bawak ke KopieSatu.. cara servis,cara layan pelanggan, senyum..tapi tak semudah yang aku cakap...hehehee..pelanggan jerantut ada selera dan kehendak diorang sendiri,...so ikut je lah...COSTUMER IS ALWAYS THE RIGHT...kan?